Terjemahan Di Malaysia
Kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun menyediakan Terjemahan di Malaysia, Singapura dan Thailand untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa. VEQTA menyediakan khidmat terjemahan profesional untuk syarikat-syarikat dan juga untuk Penyedia Perkhidmatan Bahasa di Seluruh Dunia dalam apa jua format atau hampir apa jua platform.
VEQTA dipertingkatkan lagi dengan teknologi yang kami gunakan. Dengan menggunakan prosedur semakan kandungan yang cekap, peristilahan dan amalan penterjemahan terbaik, kami sentiasa konsisten memenuhi kehendak organisasi anda. Kami bukan sahaja menyediakan penyelesaian siapan penyetempatan setempat – tetapi juga perkhidmatan terjemahan antarabangsa dan global sepenuhnya.
Siapa Kami
VEQTA Translations – terjemahan di Malaysia, dikendalikan oleh para profesional terkemuka yang mempunyai matlamat untuk memudahkan kehidupan klien-klien kami. VEQTA mempunyai ribuan ahli linguistik yang menyampaikan terjemahan dalam pelbagai bahasa yang berbeza.
Kami pakar dalam bidang perkhidmatan teras kami – terjemahan! Kami menyesuaikan perkhidmatan kami dengan perniagaan, salinan undang-undang dan teknikal klien kami ke negara-negara lain. Kami menggunakan penterjemah profesional sepenuh masa, pakar bidang khusus (PKS) dan editor salinan dengan keupayaan bahasa yang luar biasa yang boleh menyesuaikan setiap tugasan serta menjalankan kajian khusus bagi memastikan penggunaan terminologi yang betul dalam bahasa asing.

Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kami

Penubuhan Syarikat
Firma terjemahan kami telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Kuala Lumpur. Nama VEQTA berasal dari perkataan ‘VECTOR’ yang merupakan istilah yang digunakan untuk mengkategorikan imej dalam Penerbitan Meja; contohnya, fail Adobe Illustrator dan InDesign. Antara tugasan pertama kami melibatkan Penerbitan Meja dalam Bahasa Melayu dan terjemahan bahasa-bahasa Asia lain untuk papan iklan di Rantau Asia Pasifik yang memerlukan format berskala ini.
Pencapaian Tahun 2010: 200 Penterjemah!
Menjelang akhir tahun 2010, kami telah mengambil 40 penterjemah Melayu yang khusus dalam bidang pemasaran, kewangan, undang-undang dan kejuruteraan. Selain itu, kami mempunyai 200 penterjemah sepenuh dan separuh masa bekerja dengan kami dalam 10 bahasa Asia yang berbeza yang menyokong beratus-ratus projek terjemahan dan penyetempatan di Malaysia dan Singapura.
VEQTA Translations Pte Ltd: Singapura!
Kami memindahkan pemerbadanan kami dari Malaysia ke Singapura dan diperbadankan sebagai Syarikat Sendirian Berhad (Pte Ltd). Muat turun risalah korporat kami (PDF).
Terjemahan untuk semua benua!
Hari ini kami mempunyai lebih daripada 3,500 ahli bahasa yang bekerja di bawah naungan kami dan beberapa organisasi dan jenama yang paling dipercayai di dunia mengamanahkan projek-projek penting mereka kepada kami. Lihat beberapa kajian kes penyetempatan di sini. Kami boleh menterjemah lebih daripada 50 bahasa, baca lebih lanjut mengenai bahasa sasaran anda untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik dalam mempertimbangkan locale khusus anda.
Kami telah membangunkan hubungan yang kukuh dan luas dalam industri audio dan sari kata, dan kami bekerjasama dengan studio rakan kongsi di hampir setiap benua dan juga menyediakan rakaman suara latar di Malaysia dan Singapura. Read more about the proses sari kata atau projek suara latar dengan mengklik pada perkataan yang ditandakan.
Khidmat Terjemahan Profesional

Dokumen & Manual

Laman Web & E-dagang

Suara Latar & Sari Kata

E-pembelajaran & Perisian

Kepakaran Bidang Khusus

Penerbitan Meja
Bagaimana ia Dijalankan

Sebutharga.
Sebaik sahaja kami menerima fail akhir, kami boleh memberikan sebut harga rasmi. Anda boleh mengambil seberapa banyak masa yang anda perlu selagi anda perlu untuk menyemak dan mempertimbangkan sebut harga tersebut.
Kelulusan Sebut Harga.
Sebaik sahaja sebut harga diluluskan, penterjemah terus memulakan tugasan dan fasa terjemahan bermula dengan bahan boleh serah yang dipersetujui.
Terjemahan.
Fasa terjemahan melibatkan proses Terjemahan kami, diikuti dengan Penyuntingan dan Pembacaan Pruf. Baca lebih lanjut di sini.
Penghantaran.
Penghantaran dibuat dalam bentuk salinan lembut melalui e-mel atau pautan pemindahan boleh dimuat turun. Cetakan salinan keras melalui pos tidak dibuat.
Post Mortem.
Kami sentiasa bersedia untuk menangani sebarang keperluan tambahan atau maklum balas. Komitmen ini adalah bebas daripada terma pemprosesan invois yang dipersetujui.
Soalan Lazim Pantas
Cara terbaik adalah dengan menghantar kepada kami sumber yang ada melalui e-mel supaya jumlah perkataan boleh dinilai. Jika sumber tidak ada anda boleh menghantar sampel atau memaklumkan kepada kami anggaran jumlah perkataan dan kami boleh memberikan anda harga anggaran.
Sebut harga firma adalah berdasarkan kepada versi akhir fail sumber. Fail yang besar (melebihi 10 MB) boleh dihantar melalui laman seperti wetransfer.com atau drop box. Sekiranya kami menerima PDF (atau format imej) kami perlu mengetahui jika sumber boleh sunting asal yang menghasilkan PDF tersebut akan dihantar kepada kami sebelum penyerahan tugas. Contohnya, InDesign, Doc atau PowerPoint. Maklumat ini akan membolehkan kami memberikan anda sebut harga yang tepat dengan lebih cepat.
Harga terjemahan adalah berdasarkan bilangan patah perkataan atau aksara dalam sumber. Setiap pasangan bahasa mempunyai kadarnya sendiri bagi setiap patah perkataan atau aksara. Kerja Penerbitan Meja adalah berdasarkan bilangan muka surat dan bergantung kepada keperluan pemformatan. Suara latar adalah berdasarkan minit audio atau video.
Hanya e-melkan bahan sumber kepada kami dan anda akan menerima jawapan pantas. Anda amat dialu-alukan untuk menghubungi kami untuk berbincang tetapi kaedah terpantas yang pasti untuk mendapatkan sebut harga adalah dengan menghantar e-mel kepada kami mengenai butiran projek dan sumber/sampel.
Seorang penterjemah boleh menterjemah sekitar 2500 hingga 3500 patah perkataan setiap hari dan seorang editor boleh menyunting sekitar 4000 patah perkataan setiap hari bekerja. Sebaik sahaja kami menerima sumber, kami akan memberikan anda anggaran masa penghantaran.
Berapa panjang satu untaian kata? Satu halaman boleh mengandungi beberapa patah perkataan, contohnya, pembentangan PowerPoint. Satu halaman untuk Terma & Syarat untuk sebuah syarikat insurans dalam fon Calibri saiz 5 boleh memuatkan lebih daripada 3500 patah perkataan. Bilangan jam bekerja untuk kerja tersebut akan berbeza. Oleh itu, sebut harga berdasarkan bilangan patah perkataan adalah lebih tepat apabila menilai sesuatu projek.
Pengurus Projek & penterjemah /editor. Semua kakitangan di bawah pematuhan NDA dan kami boleh menandatangani NDA dengan syarikat anda sebelum menerima apa-apa bahan sumber untuk sebut harga. Kami boleh mematuhi polisi perlindungan data syarikat dan individu seperti yang dikehendaki.
Bayaran boleh dibuat melalui pemindahan bank atau pembayaran kad kredit. Terma pembayaran bergantung kepada skop projek dan syarikat anda, hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Kami menyarankan agar anda menunggu untuk memberi kami kebenaran memulakan terjemahan sehingga fail sumber muktamad. Sekiranya anda tahu sumber yang dihantar kepada kami bukanlah versi terkini, tetapi anda ingin menjimatkan masa dengan bermula terlebih dahulu, kami benar-benar mengesyorkan anda berbincang dengan kami terlebih dahulu tentang perubahan sumber yang dijangkakan. Selalunya, lebih cepat untuk menunggu sehingga sumber asal dimuktamadkan sebelum dihantar kepada kami. Untuk tujuan sebut harga, menghantar versi draf adalah cara yang baik untuk mendapatkan anggaran sementara fail sedang dimuktamadkan di pihak anda.
Kami mematuhi amalan terbaik penyetempatan dan menggunakan alat CAT dan Memori Terjemahan. Kami mempunyai proses untuk membandingkan perbezaan sumber dan bergantung kepada jenis perubahan, kami akan mengasingkan perkataan-perkataan baru dan mengenakan caj untuk perkataan baru hanya jika sesuai. Sekiranya terdapat kemas kini keseluruhan terhadap perubahan struktur sumber dan suntingan dan pemotongan, kami boleh kembali kepada caj mengikut jam.
VEQTA Translations Pte Ltd
Khidmat Terjemahan di Kuala Lumpur
Level 33, Ilham Tower,
No. 8, Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur
Telefon: +60 3 2117 5242
E-mel: info@veqta.com
Khidmat Terjemahan di Singapura
Level 24-01, CapitaGreen
138 Market Street
048946 Singapore
Telefon: +65 6679 6287
Syarikat Terjemahan Thailand
Hubungi wakil jualan kami di Bangkok:
Telefon: +66 98357 8074
Hubungi kami untuk sebut harga atau pertanyaan
Kami menyesuaikan pendekatan kami untuk memenuhi keperluan terjemahan dan penyetempatan syarikat anda. Kami mengambil kira Model Kematangan Penyetempatan (LMM) untuk menilai tahap kematangan penyetempatan sedia ada syarikat anda sama ada sudah mapan – dalam kemajuan, atau belum lagi dikenali.
Model penyetempatan ini membolehkan pembuat keputusan melaksanakan strategi globalisasi, kempen pemasaran, pelaksanaan sistem, dan Prosedur Operasi Standard yang berkaitan dengan globalisasi, pengantarabangsaan, penyetempatan dan terjemahan (GILT).