Gambaran Keseluruhan Perkhidmatan

page-3-img-1

PENYETEMPATAN PERISIAN

Kami boleh bekerja dengan jurutera dan pembangun anda untuk memastikan bahawa penyetempatan kami selaras dengan keperluan kandungan anda dan lancar berfungsi pada platform pilihan anda – tanpa mengira betapa besar, kecil, teknikal atau jelas dan mudahnya projek anda.

TERJEMAHAN DOKUMEN

Terjemahan dokumen profesional membantu perniagaan anda berkomunikasi dengan jelas dan berkesan dengan pasukan dan pelanggan anda. Sama ada untuk bidang khusus industri, perniagaan am, saintifik atau teknikal, kami boleh mempermudahkan komunikasi perniagaan anda dengan perkhidmatan terjemahan dokumen profesional kami.

PERKHIDMATAN PENERBITAN ATAS MEJA

Kami boleh membekalkan perkhidmatan DTP profesional dan kami boleh bekerja dengan kebanyakan format fail, mis. indd, ai, eps, pst, eps, fm, cwd, ppt, docx dan semestinya format web yang lain. Kami boleh mengikut keperluan dan memberikan penyelesaian dengan mudah. Kami berpengalaman dalam mengikuti dan mematuhi sebarang garis panduan, masa penghantaran, arahan dan rujukan klien.

PEMASARAN DAN PENGIKLANANG

Pasukan kami sudah biasa dengan nuansa budaya yang penting untuk kejayaan terjemahan bahan pemasaran dan pengiklanan. Pasukan pemasaran dan pengiklanan antarabangsa anda bergantung pada terjemahan yang tepat bagi bahan pemasaran dan mesej komersial yang dikarang dengan teliti. Kami membekalkan terjemahan dan penciptaan terjemahan yang menyokong perniagaan anda!

PERKHIDMATAN TERJEMAHAN TAPAK WEB

Terjemahan tapak web termasuk: terjemahan linguistik, perkhidmatan terjemahan tapak web profesional, perlindungan tag kod, tag meta, pengubahsuaian grafik (imej atau animasi) serta memastikan kebolehkendalian dalam bahasa huruf bukan latin, kebolehterimaan dan ekspresi budaya dan banyak lagi. Kami menterjemahkan kandungan yang berkaitan dengan industri khusus seperti pengeluaran, perisian, pelancongan dan peruncitan secara konsisten.

PENYETEMPATAN MULTIMEDIA

Keupayaan penyetempatan multimedia VEQTA membolehkan kami memberikan penyelesaian lengkap bagi projek yang mengandungi kandungan video, audio atau e-Pembelajaran untuk pelbagai jenis bahasa dan media yang komprehensif. VEQTA Translations boleh menyampaikan perkhidmatan pengeluaran audio dan video berbilang bahasa yang lengkap dan profesional.

Penerbitan Atas Meja (DTP)

page-3-img-7

Di VEQTA Translations, kami ingin bekerja dengan anda dan menyesuaikan penyelesaian yang memenuhi keperluan anda, justeru melancarkan proses terjemahan l dengan peristilahan sesuai dan pemformatan yang betul. VEQTA Translations boleh merealisasikannyauntuk anda dengan perkhidmatan penerbitan atas meja berbilang bahasa dan penyetempatan imej kami.

lagi

Penyetempatan Multimedia

Keupayaan penyetempatan multimedia VEQTA Translations membolehkan kami memberikan penyelesaian lengkap untuk projek yang mengandungi kandungan video dan audio bagi pelbagai bahasa dan jenis media yang komprehensif.

lagi

Penyetempatan Perisian

Kami boleh bekerja dengan jurutera dan pembangun anda untuk memastikan bahawa penyetempatan kami selaras dengan keperluan kandungan anda dan lancar berfungsi pada platform pilihan anda – tanpa mengira betapa besar, kecil, teknikal atau jelas dan mudahnya projek anda.

Terjemahan Dokumen

Terjemahan dokumen profesional membantu perniagaan anda berkomunikasi dengan jelas dan berkesan dengan pasukan dan pelanggan anda. Kami membekalkan terjemahan perkhidmatan penuh untuk sebarang dokumen dalam lebih daripada 50 bahasa. Daripada terjemahan teknikal hingga kolateral pemasaran dan grafik, kami sedia untuk menyetempatkan dokumen anda. Kami menterjemahkan dokumen yang berkaitan dengan industri khusus seperti pengeluaran, perisian, latihan SM, hospitaliti dan peruncitan secara konsisten.

Apabila berkaitan dengan terjemahan dokumen, penterjemah profesional kami menetap dan bekerja di tempat bahasa sasaran anda. YDokumen anda akan diterjemahkan mengikut nuansa linguistik setiap bahasa dan akan menggunakan peristilahan dan gaya yang paling tepat dan terkini.

Terima kasih kepada kepakaran kami dengan aplikasi rekaan, kami bekerja dengan dokumen anda untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa sasaran anda. Dengan memberikan fail sumber PDF atau format lain anda kepada kami, kakitangan penerbitan atas meja berbilang bahasa kami akan memformatkan kandungan yang diterjemah untuk dimiripkan dengan dokumen asal anda.

Kami bekerja dengan pelbagai jenis fail yang memastikan bahawa kandungan, tataletak dan grafik anda akan kelihatan sepertimana anda mahu. Anda tidak perlu membazirkan sebarang sumber berharga, masa atau wang untuk memformatkan semula, memotong dan menampal dalam salinan itu. Kami buat begitu supaya kami dapat menghantar kepada anda terjemahan PDF lengkap yang dapat anda gunakan serta-merta. Jika fail sumber tidak dibekalkan, alatan PDF kami akan membenarkan kami untuk mengekstrak atau jika perlu, menyalin kandungan sebelum terjemahan. Pasukan kami akan mencipta semula dan memformat PDF anda untuk memadankannya dengan tataletak bahasa sumber.
Bagi projek yang besar, kami mengesyorkan anda mencipta glosari yang menterjemah istilah-istilah khusus sebelum menterjemah keseluruhan dokumen. Proses pembangunan glosari akan menghasilkan satu senarai istilah sumber bersama-sama dengan terjemahan yang diluluskan yang akan digunakan oleh semua ahli pasukan linguistik. Teks dalam dokumen anda akan melalui proses terjemahan, pengeditan, dan Jaminan Kualiti (QA) yang dilaksanakan oleh ahli linguistik dalam negara profesional kami. Selepas itu, pakar penerbitan atas meja (DTP) kami akan memformat kandungan yang diterjemah dalam aplikasi pengarangan fail sumber (cth. InDesign, Quark, Powerpoint, Word, dll.). Selepas terjemahan diformatkan dengan betul, semakan jaminan kualiti penghantaran dijalankan sebelum penghantaran fail.

Perkhidmatan Terjemahan Saintifik dan Teknikal

Pengalaman pasukan perkhidmatan terjemahan teknikal profesional VEQTA Translations memberikan kelebihan persaingan kepada klien kami dengan terjemahan tepat dan kontemporari yang kualitinya memang sukar ditandingi dalam industri. Perkhidmatan terjemahan teknikal VEQTA adalah berasaskan terjemahan berkualiti dan kajian mendalam yang membolehkan penterjemah kami menterjemah maksud dan menyampaikan makna ke dalam dokumentasi teknikal yang penting.

Di VEQTA Translations, kami memahami cabaran-cabaran yang wujud dalam menghasilkan terjemahan teknikal yang berkualiti, sama ada ia untuk manual operator bagi sistem kawalan “maklumat hibur” kereta mewah, panduan bantuan Pengguna perisian bagi memasarkan sistem ERP, atau pembentangan e-Pembelajaran. Kami mempunyai pengalaman profesional dan teknologi untuk memastikan bahawa terjemahan pelbagai dokumen dan disiplin dapat dilengkapkan mengikut kepuasan setiap klien pada kali pertama.

Bahasa saintifik boleh berkisar daripada hambar dan membosankan, hinggalah meriah dan puitis. Adakalanya ia dipenuhi dengan idea-idea abstrak. Tidak kira apa caranya, menterjemah penulisan saintifik kepada bahasa asing memerlukan perkhidmatan terjemahan saintifik yang mempunyai kedua-dua kemahiran linguistik dan sains. Penterjemah VEQTA memiliki kedua-duanya dan lebih daripada itu. Kami memastikan dokumen saintifik anda beralih ke semua bahasa major Asia, Eropah dan Timur Tengah dengan lancar. Menguruskan dokumen saintifik dan teknikal merupakan satu tugas yang sukar. Pengurusan versi sahaja memerlukan beberapa pasukan untuk melengkapkannya. Sekarang gandakan kesukaran tersebut dengan kesukaran menterjemahkan kepada bahasa yang lain. Dokumentasi saintifik dan teknikal memerlukan ketepatan, kejituan dan kekonsistenan. Perubahan kecil kepada arahan operasi atau unit skala pun boleh membawa kepada hasil yang buruk untuk pelanggan dan pekerja anda di pasaran asing.

Perkhidmatan terjemahan saintifik dan teknikal VEQTA akan menterjemah sebarang dokumen teknikal tanpa perlu risau tentang kesilapan,peninggalan atau kesalahan terjemahan. Perkhidmatan terjemahan saintifik dan teknikal mencakupi:

  • Dokumen Paten
  • Manual Operator
  • Manual Pembaikan
  • Manual Keselamatan
  • Video dan Pembentangan Latihan
  • Aplikasi Perisian
  • Spesifikasi Kejuruteraan
  • Helaian Data
  • Dokumentasi Saintifik dan Teknikal Khusus Industri

Kami Membekalkan Perkhidmatan Penyetempatan Teknikal yang Betul!

Perkhidmatan penyetempatan dokumen teknikal adalah rumit kerana ia memerlukan kepakaran khusus bidang khusus selain daripada kemahiran bahasa. Apabila kandungan yang perlu diterjemah adalah teramat khusus, ralat atau salah tafsir yang terkecil pun boleh mengakibatkan kesan yang besar pada makna bahasa sasaran – terutamanya jika dokumen tersebut ialah manual keselamatan atau pendidikan.

Anda memerlukan profesional yang teliti untuk membaca setiap ayat dokumen teknikal anda dan di VEQTA Translations, kami mempunyai kelebihan berbanding dengan pesaing kami dengan kepakaran khusus subjek kami. Kami menggunakan penterjemah teknikal yang pakar dalam bidang khusus anda supaya mereka biasa dengan peristilahan dan tidak melakukan ralat yang merugikan, justeru menjimatkan masa dan wang anda sambil mengekalkan terjemahan teknikal berkualiti tinggi. Walau apa pun keperluan anda, daripada manual pengguna sehinggalah arahan pemasangan dan banyak lagi, penterjemah pakar VEQTA Translations akan menggunakan peristilahan teknikal industri anda untuk menterjemah dengan tepat sebarang dokumen teknikal yang anda perlukan.

Untuk melaksanakan projek terjemahan anda, VEQTA Translations mengambil pakar-pakar bidang khusus yang berpengetahuan banyak dalam bidang subjek dan peristilahan dan gaya linguistiknya dalam bahasa sasaran. Mentransformasikan kandungan teknikal daripada satu bahasa kepada bahasa lain memerlukan pendekatan linguistik yang berbezadi samping pengetahuan budaya yang tinggi tentang kedua-dua pasaran bahasa sumber dan sasaran. Penting untuk mempunyai pakar penyetempatan bertugas untuk projek terjemahan teknikal anda supaya konteks dokumen teknikal dapat disampaikan dengan tepat. Dalam apa bahasa jua, perkataan mempunyai makna yang berbeza bergantung pada cara ia digunakan dan anda tidak seharusnya menjadikan makna ini “hilang dalam terjemahan.” Kedua-dua terjemahan linguistik dan budaya memerlukan pendekatan berdisiplin terhadap ketepatan dan kekonsistenan peristilahan dan gaya, dan pasukan profesional terlatih VEQTA Translations berupaya penuh untuk mengendalikan sebarang projek.

Perkhidmatan Penerbitan Atas Meja Berbilang Bahasa (DTP)

Di VEQTA Translations, kami ingin bekerja dengan anda dan menyesuaikan penyelesaian yang memenuhi keperluan anda, justeru melancarkan proses terjemahan l dengan peristilahan sesuai dan pemformatan yang betul. VEQTA Translations boleh merealisasikannyauntuk anda dengan perkhidmatan penerbitan atas meja berbilang bahasa dan penyetempatan imej kami. Sama ada anda memerlukan terjemahan PDF daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Arab sebanyak tiga puluh halaman, atau bahan kolateral pemasaran bergrafik disetempatkan ke dalam bahasa Jepun, kakitangan pakar penerbitan atas meja berbilang bahasa VEQTA Translations berupaya melakukannya.

Kami boleh membekalkan perkhidmatan DTP profesional dan kami boleh bekerja dengan kebanyakan format fail, cth. indd, ai, eps, pst, eps, fm, cwd, ppt, docx dan semestinya format web yang lain. Kami boleh mengikut keperluan dan memberikan penyelesaian dengan mudah dan kami berpengalaman dalam mengikuti dan mematuhi sebarang garis panduan, masa penghantaran,arahan dan rujukan klien.

Menterjemah dokumen hanya merupakan satu langkah dalam proses ini; mengekalkan format konsisten dalam seluruh bahan terjemahan anda ialah kunci untuk memacu hasil. Untuk memastikan kandungan tersetempat anda sepadan dengan kualiti jenama anda, kami membantu klien kami membina tataletak versi yang diterjemah melalui perkhidmatan penerbitan atas meja berbilang bahasa kami. Kami menawarkan penyelesaian lengkap dan menyerahkan versi kandungan berbilang bahasa anda yang sedia dicetak.

Pemformatan DTP

ami menyepadukan kandungan yang diterjemah; mencipta semula format dan tataletak dokumen sumber selepas penterjemahan. Kami memformatkan semula halaman untuk memastikan tataletak adalah semirip mungkin dengan tataletak bahasa sumber. Kami boleh mencipta semula dokumen menggunakan perisian tataletak halaman yang dinyatakan di atas. Biasanya, ini termasuk:

  • Menggabungkan dan menyusun semula teks dan imej menggunakan fon dan grafik pilihan anda bagi menyediakan dokumen untuk web atau cetakan.
  • Memformatkan semula halaman untuk menampung pengembangan bahasa dan pengurangan panjang bahasa sasaran.
  • Menjanakan PDF resolusi tinggi atau rendah untuk dihantar sebagai hasil bersama-sama dengan fail aplikasi sumber.
  • Menjanakan indeks dan jadual kandungan.
  • Mengemas kini rujuk silang.

Penyetempatan Imej

Kami menyunting semula imej yang mengandungi teks yang boleh diterjemah. Pasukan kami boleh menggantikan cetakan skrin bahasa sumber dengan skrin yang ditangkap daripada aplikasi tersetempat. Kami menghasilkan versi tersetempat bagi imej, ilustrasi, atau skrin dokumentasi, perisian,manual dll. Selepas itu imej boleh diletakkan dalam dokumentasi, tapak web, perisian, permainan, risalah, dll. After that images can be placed in your documentation, website, software, game, brochure, etc.

Tataletak Contoh

DTP cepat untuk membuat draf kasar dengan DTP terhad dijalankan. Cth. digunakan untuk tujuan semakan terjemahan klien sahaja sebelum DTP dimuktamadkan. Penyediaan tangkap layar untuk menunjukkan rupa, rasa dan tataletak format akhir.

Pemformatan DTP Kasar

DTP pantas pada fail untuk memberikan PDF dengan semua teks boleh dilihat (bingkai pengembangan atau saiz fon dikecilkan dll.) Membetulkan ralat dan pindaan kecil. Membetulkan ralat dan mengesan ketakkonsistenan dalam fail klien.

Pentranskripsian

Pentranskripsian daripada format rata seperti imej, audio, video atau media interaktif.

Pemformatan Tipografi

Memformatkan kandungan dan menguruskan perenggan, aksara, pemisah baris, bingkai, alur, pengurusan fon, kerning dll.

Pengecaman Aksara Optik (OCR)

Kami boleh mengekstrak kandungan daripada sumber berlainan seperti PDF atau imej yang diimbas, memformat kandungan yang diekstrak dan mencipta semula dokumen sumber kepada format boleh edit yang ‘tidak rata’. Kami membekalkan penyepaduan terjemahan dengan Penerbitan Atas Meja (DTP) profesional bagi web dan cetakan sebagai satu penyelesaian bersepadu tersetempat.

Semakan Kualiti

Setelah organisasi anda mengorbankan banyak masa dan usaha untuk mendapatkan terjemahan yang berkualiti, anda pasti tidak mahukan jadual yang berformat buruk, rujuk silang yang tidak dilaksanakan dengan baik atau perkataan terjemahan yang tidak diletakkan sengkangnya dengan betul. Pakar kami bekerja untuk memformatkan teks yang diterjemah yang sama ada boleh mengembang atau mengecut dalam format yang diterjemahkannya bergantung pada pasangan bahasa. Selain itu, kami menjalankan semakan kualiti penghantaran akhir. Semasa semakan kualiti, kami memastikan bahawa kami telah biasa dengan kandungan dan tataletak anda sambil menjamin ketepatan dengan beberapa peringkat ulasan.

Kami menjalankan QA teknikal akhir bagi tataletak bahasa sumber dan sasaran dan QA linguistik akhir bagi kandungan sumber dan sasaran serentak.

Pasukan penerbitan atas meja kami mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam memformat dan mengubah suai kandungan berbilang bahasa dalam bahasa dan aplikasi yang rumit setiap hari. Untuk itu, pakar penerbitan atas meja berbilang bahasa VEQTA Translations mempunyai pengalaman untuk memformat semula walaupun bahasa yang paling mencabar seperti bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Hindi dan bahasa Thai. Pasukan kami mengetahui cara untuk bekerja dengan terjemahan yang mengecut (seperti bahasa Korea) dan juga bahasa yang mengembang (seperti bahasa Perancis). Sebagai sebuah agensi penyetempatan yang berdedikasi terhadap kualiti dan perkhidmatan, kami menggunakan teknologi penyetempatan terkini untuk memastikan bahawa kami menyerahkan dokumen yang sedia dicetak yang akhirnya menjimatkan masa pekerja anda supaya mereka boleh memfokus pada peranan terbaik mereka.

Dengan menggunakan penapis yang “melindungi” kod dan tag aplikasi natif yang mengelilingi kandungan dokumen bahasa sumber, penterjemah kami boleh memfokus pada bidang kepakaran mereka: terjemahan kandungan. Bekerja dengan fail yang mengekalkan kod aplikasi penerbitan atas meja memberikan hasil yang kos efektif dan pemformatan semula yang lebih cepat. Pakar DTP dan QA kami yang terlatih dan berpengalaman akan menjadikan teks anda kelihatan hebat; walau apa jua aplikasi yang anda minta. Kami memiliki bakat dan pengalaman untuk memenuhi semua keperluan anda untuk mendapatkan tataletak yang menarik dari segi estetik.

Perkhidmatan Terjemahan Komunikasi Perniagaan

Sama ada perniagaan anda sedang beralih ke pasaran baharu dan memerlukan dokumentasi dan kandungan disetempatkan atau anda mencuba untuk menambah baik pengalaman keseluruhan pelanggan anda dalam pasaran asing yang sedia ada, VEQTA Translations ialah pilihan syarikat perkhidmatan terjemahan perniagaan terbaik anda. Kami mempunyai pengalaman dalam membekalkan terjemahan untuk kebanyakan bidang dan bidang khusus industri;

  • Perkhidmatan Terjemahan Perniagaan termasuk Profil syarikat, laporan, rancangan perniagaan, pernyataan keupayaan, komunikasi perniagaan am, dokumen insurans, kontrak, perjanjian, notis, e-mel dan memo
  • Teks Sumber Manusia Korporat (Latihan, Dasar, Buku Panduan Kakitangan dll.)
  • Dokumen Kewangan, (mis. Perakaunan, Pengauditan, Kunci Kira-Kira)
  • Manual Tatacara dan Dasar
  • Atau sebarang dokumen lain yang anda perlukan untuk berjaya dalam pasaran baharu yang bertutur dalam bahasa baharu.

Kami mempunyai pasukan pemilik perniagaan individu, ahli linguistik, pengurus projek, penterjemah, editor, pembaca pruf dan ahli peristilahan bidang khusus berpengalaman yang membekalkan perkhidmatan terjemahan perniagaan yang tepat dan mampu milik. Pasukan pengurusan Projek/Akaun Penyetempatan yang berdedikasi akan ditugaskan bagi semua projek bersama-sama dengan Penerbitan atas meja sebagaimana yang diperlukan.

Perkhidmatan Terjemahan Pemasaran dan Pengiklanan

Banyak perniagaan percaya bahawa iklan atau kempen pemasaran yang dijalankan di dalam negeri tidak pula berkesan apabila diterjemahkan ke dalam bahasa asing. Pasukan penterjemahan, pengeditan dan pembacaan pruf natif kami sudah biasa dengan nuansa budaya yang teramat penting demi kejayaan terjemahan pemasaran dan pengiklanan.

Kami membekalkan terjemahan yang menyokong perniagaan!

Melancarkan produk atau perkhidmatan ke pasaran asing boleh menjadi satu cabaran besar dan bukan sahaja bagi semua bakal pelanggan baharu. Ia juga mempunyai potensi risiko kegagalan. Bagaimanakah jika pasaran sasaran luar negara tidak memberikan respons kepada produk sebagaimana pasaran tempatan berikan? Bagaimanakah jika mesej pemasaran tidak dipedulikan?

Pasukan pemasaran dan pengiklanan antarabangsa anda bergantung pada terjemahan yang tepat bagi bahan pemasaran dan mesej komersial yang dikarang dengan teliti. VEQTA Translations memberikan perkhidmatan terjemahan perniagaan yang tepat dan mampu milik yang anda perlukan untuk menembusi pasaran global dan untuk meningkatkan hasil syarikat. Biarkan kami uruskan projek terjemahan anda yang seterusnya dan anda akan mendapat satu pasukan yang komited yang tidak akan mengecewakan anda.

Beberapa contoh media yang telah kami bekalkan terjemahan pemasaran dan penciptaan terjemahannya termasuklah:

  • Iklan, Surat Berita, Majalah, Kolateral Bercetak, Titik Jualan (POS)
  • Skrip audio, Iklan televisyen
  • Katalog, Lembar Iklan, Risalah
  • Siaran Media
  • Iklan E-mel dan Komunikasi E-mel
  • Skrip Televisyen dan Radio, Dendang, Slogan
  • Kandungan Tapak Web

Kami juga boleh membekalkan anda perkhidmatan tataletak dan penerbitan atas meja yang diperlukan untuk menyesuaikan salinan terjemahan kepada dokumentasi anda. Kami berupaya bekerja dengan semua perisian piawai industri yang besar.

Perkhidmatan Terjemahan Tapak Web

Menterjemahkan tapak web kepada berbilang bahasa bukanlah satu proses yang jelas dan mudah. Berbeza dengan perkhidmatan terjemahan lain, terjemahan tapak web profesional memerlukan kemahiran yang lebih daripada hanya menterjemahkan teks daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain. Ia memerlukan ahli linguistik, penterjemah dan pakar teknologi web yang memahami kedua-dua nuansa linguistik dan istilah teknologi yang diperlukan untuk menterjemahkan tapak anda kepada bahasa lain. Terjemahan tapak web termasuklah terjemahan linguistik, perkhidmatan terjemahan tapak web profesional, perlindungan tag kod, tag meta, pengubahsuaian grafik (imej atau animasi), memastikan kebolehkendalian dalam bahasa huruf bukan Latin, kebolehterimaan dan ekspresi budaya, dan banyak lagi. Kami menterjemahkan kandungan yang berkaitan dengan industri khusus seperti pengeluaran, perisian, pelancongan dan peruncitan secara konsisten. Kami akan mengambil fail sumber anda dan menjadikannya fail yang disetempatkan sepenuhnya yang sedia untuk dilancarkan dalam bahasa pilihan anda. Kami menyokong semua format web yang besar.

Budaya Penyetempatan Tapak Web

Penyetempatan tapak web bukan hanya menterjemahkan kandungan tapak anda kepada bahasa sasaran. Ia termasuk memastikan tapak anda dioptimumkan sepenuhnya untuk tempat pasaran tersebut. Ia memastikan bahawa tapak tersebut bukan sahaja betul dari segi linguistik tetapi juga sesuai dari segi budaya. Perkara-perkara mudah seperti penggunaan tarikh dan masa, mata wang, sukatan dan timbangan yang salah menunjukkan kepada pelanggan bahawa anda hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata tetapi tidak mempedulikan budaya mereka. Perkara yang biasa dan diterima dalam satu bahasa mungkin berbunyi kasar dan kesat dalam bahasa lain. Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap kepentingan kesesuaian budaya apabila mempertimbangkan untuk penyetempatan tapak web. Pengetahuan adat resam dan amalan budaya para penterjemah VEQTA Translations akan membantu anda mengelakkan salah faham dan kesilapan yang dikaitkan dengan terjemahan tapak web yang jahil. Kami akan memberikan anda keyakinan bahawa tapak web anda bukan sahaja kelihatan indah tetapi juga berfungsi dengan sebaik-baiknya.

Semakan Kualiti Linguistik (LQR)

Kami mementingkan ujian dan jaminan kualiti sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kami.
Kami boleh melengkapkan LQR bagi output akhir produk yang disetempatkan untuk memastikan bahasa tersebut tepat dalam format output akhir, biasanya dalam persekitaran ujian keamanan komputer. LQR ialah semakan yang dijalankan melalui semakan linguistik skrin demi skrin untuk memastikan semua kandungan yang diterjemah adalah lengkap dan tataletak dipaparkan dengan betul. Sebagai contoh, menyemak, melaporkan dan mencadangkan pembetulan bagi teks Antara Muka Pengguna (UI), Bantuan Pengguna (UA), kotak senarai dipopulasikan, teks terpenggal, kesalahan ejaan, isu pemformatan, kekonsistenan dan mesej ralat. Ia juga termasuk ketepatan linguistik bagi pengalihan suara audio jika diperlukan dan dipersetujui terlebih dahulu. LQR kami dijalankan dengan bantuan operator Penerbitan Atas Meja (DTP) dan pengulas bahasa. Kami boleh menyemak berbilang format (mis. web, kursus e-Pembelajaran awan dengan audio), Flash, Aftereffects, Captivate, Lectora dan Storyline antaranya. Ini amatlah disyorkan untuk projek besar atau interaktif yang rumit untuk memastikan ketepatan semua komponen dan aspek projek telah disemak dengan teliti dan bebas ralat sebelum menghantarkannya kepada klien untuk semakan dan kelulusan.

Penilaian Linguistik

Kami juga boleh memberikan penilaian linguistik iaitu maklum balas terhadap kualiti terjemahan yang sedia ada. Laporan ini mengandungi penilaian kualiti terjemahan daripada seorang editor berpengalaman dan jika perlu, memberikan cadangan untuk penambahbaikan. Semakan ini membandingkan teks sumber dan terjemahannya yang sepadan. Ini berguna untuk menilai kualiti terjemahan warisan yang sedia ada dan menentukan kebolehlaksanaan untuk mengedit teks sumber atau kualiti memori terjemahan yang sedia ada.

Penyetempatan Multimedia

Keupayaan penyetempatan multimedia VEQTA Translations membolehkan kami memberikan penyelesaian lengkap untuk projek yang mengandungi kandungan video dan audio bagi pelbagai bahasa dan jenis media yang komprehensif. Kami boleh menyampaikan perkhidmatan pengeluaran audio dan video berbilang bahasa yang lengkap dan profesional.

Jadi Boleh Dilihat dan Didengari – Di Seluruh Dunia

Bagi perniagaan atau syarikat antarabangsa yang mengambil pekerja dari seluruh penjuru dunia, penting untuk mengalihkan kandungan multimedia anda dengan lancar daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Di VEQTA Translations, perkhidmatan penyetempatan multimedia kami menjalankan segala macam, termasuklah terjemahan skrip dan rakaman pengalihan suara profesional bagi hampir semua jenis kandungan:

  • e-Pembelajaran dan Bahan Pengajaran
  • Aplikasi Mudah Alih
  • Webinar dan Video Web
  • Dokumentari
  • Video
  • Multimedia

Jika kandungan multimedia anda tiada dalam senarai ini, kami gembira untuk berbincang lebih lanjut dengan anda bagi membantu anda membuat satu penyelesaian lengkap yang tersuai untuk keperluan penyetempatan multimedia anda. Sama ada anda memerlukan penyetempatan video untuk video tentang sejarah syarikat anda, video demo produk, atau terjemahan transkripsi video anda, pakar di VEQTA Translations akan memberikan kerja berkualiti tinggi untuk memastikan projek anda dilengkapkan dengan betul pada kali pertama.

Penyetempatan Video dan Audio yang Memenuhi Keperluan Anda

Kami menyedari bahawa terdapat perbezaan yang besar antara memerlukan keseluruhan dokumen diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada bahasa Sepanyol, dan menyetempatkan rakaman pengalihan suara bagi IVR dalam bahasa Cina. Kami mengendalikan setiap projek dengan minda terbuka supaya kami boleh bekerja dengan klien kami untuk merancang strategi yang menangani keperluan khusus mereka. Sebagai contoh, dengan perkhidmatan terjemahan video kami, kami menawarkan beberapa pilihan untuk rakaman pengalihan suara, bergantung pada keperluan projek anda. Kami mempunyai bakat linguistik dan kejuruteraan yang baik bagi memastikan kualiti gred profesional yang projek anda perlukan.

Bagi penyetempatan kandungan audio, kami mengarahkan rangkaian meluas kami untuk menggunakan kemahiran artis pengalihan suara yang profesional dan bertutur bahasa natif. Sebahagian daripada proses kami menawarkan anda sampel suara khusus jantina dan gaya bagi memastikan kami menggabungkan keseluruhan bakat pengalihan suara yang terbaik untuk keperluan berbilang bahasa anda. Sebagai alternatif, jika anda suka, anda boleh mengamanahkan kami untuk memilih artis dengan suara yang paling sesuai untuk projek anda, dengan ramai juruteknik audio berpengalaman yang bekerja untuk kami, kami memiliki semua bahan yang projek anda perlukan. Kami mahir dalam tindihan atas suara, penyegerakan bibir, dan pengalihan suara atau penggantian dialog luar skrin gaya Bangsa-bangsa Bersatu, dan oleh itu memberikan klien kami pelbagai pilihan bagi projek terjemahan kandungan audio mereka.

Teknologi Profesional untuk Perkhidmatan Profesional

Di VEQTA Translations, kami menggunakan teknologi penyetempatan terkini untuk memastikan bahawa versi bahasa sasaran bagi kandungan multimedia anda akan sama dengan kualiti kandungan bahasa sumber. Dengan pelbagai jenis alat terjemahan dan jaminan kualiti yang boleh kami gunakan, profesional terjemahan kami berupaya untuk mengendalikan spesifikasi tersuai projek anda. Ahli pasukan kami menggunakan teknologi terkini untuk menggabungkan memori terjemahan, pengurusan projek dan jaminan kualiti; hasilnya anda mendapat bahan serahan yang berkaliber tinggi yang sedia digunakan sebaik sahaja kami selesai.

Voiceover Recording

Penyetempatan e-Pembelajaran Berbilang Bahasa Disampaikan

VEQTA Translations mempunyai keupayaan pengeluaran multimedia berbilang bahasa yang komprehensif untuk klien yang ingin membuat modul e-Pembelajaran versi berbilang bahasa, penilaian interaktif, bahan latihan, webinar/siar web, demo produk, atau sebarang gabungan komponen kandungan, audio dan visual.

Perkhidmatan Terjemahan e-Pembelajaran Kami Termasuk:

  • Penyetempatan dan Adaptasi Kandungan Dalam Talian dan Interaktif
  • Penyetempatan Grafik
  • Penyetempatan Penilaian dan Kuiz
  • Transkripsi dan Terjemahan Skrip
  • Rakaman Pengalihan Suara Studio Profesional Menggunakan Bakat Berbahasa Natif
  • Penghasilan Semula Pergerakan Tetikus Pada Skrin
  • Penyegerakan Kandungan dan Penerbitan Kursus Berbilang Bahasa
  • Pengarangan Multimedia Menyeluruh
  • Pengesahsahihan Penuh Modul Bahasa Sasaran yang Memastikan Ketepatan Bahasa Dan Fungsi
  • Penyetempatan e-Pembelajaran

Anda membangunkan program anda untuk menambah baik prestasi, mewujudkan penyelesaian latihan dan peningkatan prestasi yang praktis dan hebat, yang juga disesuaikan dengan keperluan pembelajaran dan budaya organisasi anda – Begitu juga dengan kami, kami akan membangunkan penyelesaian tersuai bagi keperluan penyetempatan kandungan e-Pembelajaran anda. Dengan menggunakan teknologi terkini dan profesional berpengalaman kami, kami akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan bahawa keperluan penyetempatan latihan berasaskan komputer anda dipenuhi dan jangkaan anda dicapai.

Zaman yang syarikat hanya mempunyai pejabat fizikal telah berlalu. Kini, kerana perkembangan pesat teknologi, syarikat tidak lagi dibatasi oleh had geografi. Dan jika pejabat anda tidak terhad kepada satu lokasi, maka pekerja dan klien anda juga tidak seharusnya dibatasi untuk menjalani latihan dalam satu bahasa sahaja. Dengan penyetempatan latihan, anda boleh lebih yakin bahawa pekerja dan klien anda menerima latihan penting yang diperlukan untuk menambah nilai kepada organisasi anda.

Penyetempatan e-Pembelajaran

Cara sesebuah organisasi menyampaikan latihan kepada pekerja dan klien mereka di seluruh dunia telah berubah. Syarikat bekerja lebih pintar dengan menggabungkan e-Pembelajaran mampu diri, kelas dalam talian dan pendidikan berasaskan mudah alih agar dapat mengurangkan kos latihan dan masa rosak keseluruhan dan pada masa yang sama memastikan produktiviti dan penglibatan di tahap tinggi. Latih tenaga kerja anda dan klien anda dalam bahasa natif mereka dengan menggunakan versi berbilang bahasa mengaturkan kursus anda dalam versi berbilang bahasa yang tepat.

  • Kami menawarkan pasukan yang berdedikasi dengan pengalaman menyampaikan projek e-Pembelajaran dalam XML/HTML, GML, Lectora, Storyline, Articulate, FrameMaker, Dreamweaver, PageMaker (dan banyak lagi) dan mereka akan membantu anda mengatasi sebarang cabaran penyetempatan yang mungkin anda hadapi.
  • Penterjemah dan pakar penyetempatan, jurutera web dan perisian, operator DTP, penguji dan kakitangan QA yang berpengetahuan tinggi.
  • Operator penyetempatan yang berkemahiran dalam menyediakan, mengkompilkan semula dan menguji struktur fail kompleks dalam berbilang format dan bahasa dengan tepat.

Sama ada anda memerlukan kursus penyetempatan dalam perisian pengarangan, e-Pembelajaran dan banyak lagi bahan – Kami boleh membantu: MARI BINCANGKAN KEPERLUAN ANDA HARI INI.

Pakar Bidang Khusus

Kami mempunyai pengalaman dalam membekalkan terjemahan untuk kebanyakan bidang dan bidang khusus industri. Kami pernah menterjemahkan bahan untuk projek perisian teknikal, projek web, kolateral pemasaran, aplikasi desktop dan mudah alih, teks teknikal, kimia, perlombongan, kewangan, manual SM, program latihan korporat, sukan, industri hotel dan pelancongan, perubatan dan sastera sebagai contohnya.

Semua projek kami akan ditugaskan kepada seorang pakar bidang khusus berpengalaman untuk membuat terjemahan.Setiap projek akan diberikan kepada pasukan ahli linguistik berdedikasi yang merupakan pakar bidang khusus berpengalaman dalam bidang masing-masing. Antara bidang-bidang kepakaran termasuklah:

  • Perakaunan (mis. penyata kewangan, Pengauditan, Cukai, ekonomi, Kunci Kira-kira)
  • Pertanian
  • Transkrip Rakaman Audio (IVR, Pengalihan suara dll.)
  • Perkhidmatan terjemahan perniagaan, Profil Syarikat, laporan, rancangan perniagaan, kenyataan keupayaan, e-mel komunikasi perniagaan am, dokumen insurans, kontrak, perjanjian, notis, memo
  • Kimia
  • Teks Sumber Manusia Korporat (Latihan, dasar, buku panduan kakitangan dll.)
  • Aplikasi Desktop dan Mudah Alih
  • Elektronik, Semikonduktor
  • Fesyen, Pakaian
  • Perkebunan, Botani
  • Pengurusan Sumber Perusahaan
  • Permainan, Aksi Fantasi dan Pengembaraan
  • Tadbir Urus
  • Kesihatan dan Gaya Hidup
  • Industri Hospitaliti dan Pelancongan
  • Sumber Manusia
  • Dokumen undang-undang (mis. Kontrak, Surat Kuasa Wakil, statut, Gadai Janji, PerjanjianPranuptial)
  • Sastera dan novel, Buku kanak-kanak
  • Logistik
  • Pembuatan
  • Kolateral pemasaran dan bahan pengiklanan
  • Perubatan, Farmakologi, Sains hayat
  • Kegiatan luar, Perkhemahan, Bersiar-siar dengan bot, Memancing ikan
  • Petrokimia, Minyak dan Gas
  • Manual tatacara dan dasar
  • Runcit, Barang Pengguna
  • Dokumentasi saintifik
  • Sukan, pakaian olahraga, peralatan sukan
  • Perisian, Manual, Web, Teks Permainan Video, Rangka kerja produk (Projek perisian teknikal, ERP, SAP, UI, UA, aplikasi desktop dan mudah alih)
  • Pengurusan Rantaian Bekalan
  • Bidang khusus industri tertentu dan minat istimewa, mis. marin, perhutanan, import/eksport
  • Teks teknikal (mis. Arahan Pengendalian automotif, kimia, perlombongan dll.)
  • Telekomunikasi
  • Pelancongan, Hospitaliti
  • Perkhidmatan terjemahan web

Atau sebarang fail dan dokumen lain yang anda perlukan untuk berjaya dalam pasaran baharu yang bertutur bahasa baharu. Sila kemukakan pertanyaan untuk mengetahui lebih banyak kepakaran bidang khusus – terlalu banyak bidang untuk disenaraikan:

Tataletak & Pengarangan DTP Perisian

VEQTA Translations memberikan perkhidmatan lengkap penerbitan atas meja berbilang bahasa yang kompleks menggunakan aplikasi tataletak halaman dan grafik yang paling popular dalam pasaran. Pasukan penerbitan atas meja berbilang bahasa kami bekerja dengan perisian berikut setiap hari:

  • Creative Cloud
  • InDesign
  • Illustrator
  • Photoshop
  • Acrobat PDF
  • FrameMaker
  • Coreldraw
  • Flash
  • Director
  • Captivate
  • Articulate
  • Storyline
  • Lectora
  • Word
  • PowerPoint
  • Visio
  • Final Cut Pro X
  • QuarkXPress
  • PageMaker

Penyediaan Fail, menyediakan fail untuk terjemahan, menyediakan sandaran untuk kandungan yang diekstrak daripada grafik tidak boleh diedit, membetulkan pemisah baris, penyepaduan dll.